Dianggarkan
menjelang tahun 2020, hampir 75 peratus [20.1 juta] penduduk di Semenanjung
Malaysia akan
mendiami kawasan bandar di Malaysa (JPBD, 2006). Proses perbandaran membawa
kepada perkembangan ekonomi yang berkonsepkan teknologi. Kesan daripada
perbandaran ini tidak terkecuali daripada masalah aktiviti globalisasi, antaranya
risisko kesejahteraan dan keselamatan yang tinggi kerana bandar tidak mempunyai
ciri-ciri yang selesa untuk memberi perlindungan kepada kesejahteraan hidup
masyarakat. Proses perbandaran ini mencetuskan permasalahan di kawasan bandar
seperti masalah keselamatan yang semakin mengancam kesejahteraan hidup
masyarakat. Menurut Haeley (1995), bandar menjadi tempat yang berbahaya.
Sunday, 17 May 2020
Implikasi Perbandaran: Keselamatan (Jenayah)
Perbandaran
atauperebakan bandar telah membentuk pola petempatan di kawasan pinggir bandar
di kebanyakan negara membangun seperti Malaysia. Permintaan ruang bagi
pembangunan kawasan perindustrian, rumah kediaman dan pusat perniagaan sangat
tinggi telah membawa kawasan pinggir bandar untuk berubah menjadi kawasan
bandar. Setiap proses perbandaran pasti akan memberi kesan kepada kehidupan
penduduk di kawasan bandar tersebut termasuk dari segi persekitaran fizikal,
kemudahan asas yang disediakan, tahap kesejahteraan sosial, keadaan keselamatan
dan lain-lain. Setiap kali proses pembangunan ini pasti akan memeberi kesan
kepada keselamatan penduduk yang menjejaskan kesejahteraan hidup penduduk
setempat. Pelbagai jenayah akan mencatatkan peningkatan di kawasan bandar dan
mula muncul jenyaah baru seiring juga dengan perkembangan teknologi moden.
Jenayah: Rompakan
Rompakan
adalah apabila seseorang mengambil sesuatu dari anda dengan kekerasan atau
ancaman biasanya (tetapi tidak selalu) di jalan atau tempat awam yang lain. Ia
dianggap sebagai jenayah yang agak biasa, dan kadang-kadang boleh berlaku
berkaitan dengan jenayah lain - misalnya, keganasan geng, jenayah kebencian atau
tingkah laku antisosial. Tetapi walaupun ini adalah jenayah biasa, kesannya
terhadap anda masih boleh merosakkan.
Jenayah: Dadah
Salah
satu jenayah yang semakin meningkat dan meluas seiring arus pembangunan bandar
ini adalah dadah. Kesalahan jenayah yang melibatkan dadah semakin meningkat dan
merunsingkan kerana ia melibatkan masa depan negara. Dadah merupakan bahan
kimia yang amat merbahaya kepada individu yang mengambilnya dalam kuantiti yang
banyak kerana ia dapat mengubah cara minda dan tubuh manusia. Penyalah gunaan
dadah pula bermaksud apabila seseorang itu mengambil dadah untuk tujuan
mengkhayalkan dan memenuhi keinginan sendiri. Pada mulanya, penagih dadah ini
akan cuba untuk mengambil dadah akibat tekanan hidup dan stress tetapi lama
kelamaan ia menjadi semakin ketagih dan akhirnya terus menggunakan dadah tanpa
terkawal.
Jenayah Terhadap Orang
Istilah
jernayah terhadap orang ini merujuk kepada pelbagai kesalahan jenayah yang
melibatkan kecenderaan tubuh, ancaman bahaya terhadap tubuh badan atau tindakan
lain yang dilakukan terdapat kehendak seseorang. Antara jenayah yang dilakukan
terhadap orang lain ialah termasuk serangan, penculikan, gangguan, keganasan
rumahtangga dan sebagainya.
Jenis-jenis Jenayah Harta Benda
1. Penjagaan
kedai
Apabila
seseorang mencuri atau menyembunyikan barang dagangan dari kedai, ini adalah
pencurian. Ini biasanya berlaku apabila seseorang menyembunyikan barang
dagangan di dalam beg atau poket dan berjalan keluar dari kedai. Seorang
pencuri boleh mencuri barang di hampir mana-mana kedai runcit, termasuk kedai
runcit, pasar raya dan pakaian.
Jenayah Indeks
Pada
tahun 2018, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menkaji semula definisi jenayah indeks
bagi mengembalikan keyakinan masyarakat. Jenayah indeks yang diperkenalkan
menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun tetapi masyarakat masib berasa tidak
aman disebabkan jenayah-jenayah ni menimbulkan kebimbangan. Jenayah indeks
terbahagi kepada kecurian harta benda, samun dan jenayah kekerasan dan
menggunakan komponen indeks bukan jenayah seperti ugutan jenayah dan keganasan
rumah tangga. Namun sehingga kini, masyarakat masih memegang definisi jenayah
indeks tersebut.
Jenayah Siber
Jenayah
siber atau dikenali sebagai kejahatan komputer merupakan penggunaan komputer
sebagai instrument untuk mencapau tujuan yang tidak sah seperti melakukan
penipuan, memperdagangkan pornografi, mencuri identiti atau melanggar privasi. Jenayah
siber ini dilakukan melalui internet yang kini menjadi keperluan orang zaman
sekarang. Kemajuan telnologi baru mencetuskan peluang kewujudan jenayah baru. Apa
yang membezakan jenayah siber dengan kegiatan jenayah tradisional? Jelas sekali,
perbezaannya adalah penggunaan komputer digital tetapi teknologi sahaja tidak
cukup untuk menunjukkan perbezaan yang mungkin wujud dalam kegiatan jenayah
yang lain. Penjayah tidak memerlukan teknologi seperti komputer untuk melakukan
sebuah penipuan tetapi mereka memerlukan komputer untuk menyebarkan bahan
pornografi, mencuri identiti dan melanggar hak privasi seseorang. Jenayah siber
melibatkan internet yang menyebabkan peningkatan jenayah haram yang baru.
Jenayah Pendatang Asing
Jenayah
dan perbandaran yang sering kita perhatikan adalah seperti rompakan, kecurian,
pelecehan seksual dan sebagainya tetapi kita kurang mengfokuskan jenayah
pedatang asing. Migrasi dari luar yang masuk kedalam negara dan jenayah
merupakan salah satu produk kepada perbandaran. Oleh itu, jenayah tidak dapat
dielakkan dalam sesebuah bandar. Kita juga mengetahui salah satu kesan
pendatang asing masuk ke negara kita ialah peningkatan jenayah. Oleh itu kita
akan melihat jenayah di kalangan pendatang asing.
Jenayah Kolar Putih
Kini,
semakin pesat pembangunan bandar semakin maju teknologi moden semakin meningkat
kes jenayah yang berlaku. Antaranya jenaya kolar putih yang semakin meningkat akibat
kepesatan pembangunan bandar. Jenayah kolar putih atau dikenali sebagai jenayah
korporat merujuk kepada jenayah tanpa kekerasan. Motif jenayah ini adalah untuk
mendapatkan wang yang dilakukan oleh ahli perniagaan dan professional. Menurut ahli
sosiologi Edwin Sutherland (1939) mengenai takrifan jenayah kolar putih, kejahatan
yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kehormatan dan status sosial yang
tinggi semasa melakukan pekerjaan mereka. Jenayah kolar putih termasuk
pencurian gaji, penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, pemerasan pekerja,
penggelapan, jenayah siber, pelanggaran hak cipta, pencucian wang, pencurian identiti
dan pemalsuan.
Saturday, 16 May 2020
Punca Jenayah
Bagaimana
seseorang itu boleh membuat keputusan untuk melakukan jenayah? Adakah mereka
memikirkan risiko yang akan berlaku? Adakah mereka memikirkan kesan yang akan
berlaku? Pelbagai persoalan timbul terhdapat penjenayah yang sanggup melakukan
perkara-perkara yang membahayakan hidup mereka serta nyawa orang lain. Pakar-pakar
kriminologi telah mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah.
Program Bandar Selamat
Pada
tahun 2004, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia
telah menagnjurkan konsep baru pembangunan bandar iaitu Bandar Selamat. Konsep ini
telah diperkenalkan bagi tujuan mencegah kegiatan jenayah yang semakin
meningkat di seluruh bandar di Malaysia. Kejadian jenayah seperti kecurian,
pecah rumah, rompakan, rogol dan sebagainya semakin hari semakin meningkat dan
mengancam hidup masyarakat. Pada tahun 1993, Yayasan Pencegahan Jenayah
Malaysia (YPJM) telah ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan yang bertujuan
untuk menganjurkan pelabagai program pencegahan jenayah. Walaupun pihak
kerajaan telah melaksanakan beberapak inisiatis seperti menganjurkan Program
Pengawasan Kejiranan, Rakan Cop, Rukun Tetangga, Persatuan Belia dan memeberi
kesedaran melalui pendidikan manum masalah jenayah tetap sukar dihadapi dan
dibendung. Oleh itu, bagi membanteras kes-kes jenayah ini, kerajaan Malaysia
telah memilih konsep Bandar Selamat untuk dilaksanakan di bandar-bandar seluruh
negara.
Bandar Selamat
Oleh
kerana lebih daripada separuh penduduk dunia tinggal di kawasan bandar,
keselamatan bandar menjadi salah satu isu yang penting. Bandar Selamat adalah
di mana data dan kecanggihan teknologi dapat dimanfaatkan untuk menjaga keselamatan
penduduk walaupun terdapat beberapa kajian yang menyatakan bahawa Bandar
Selamat kerana kadar jenayahnya rendah, yang merangkumi faktor-faktor seperti
jumlah kemalangan jalan raya, bencana dan kemudahan-kemudahan awam. Mungkin definisi
yang paling komprehensif mengenai Bandar Selamat diberikan oleh pakar ekonomi ‘Safe
Cities Index”. Indeks dimana menilai 60 bandar di seluruh dunia berdasarkan 49
petunjuk yang merangkumi keselamatan digital, keselamatan penjagaan kesihatan,
keselamtan infrastruktur dan keselamatan peribadi bagi mengenal pasti
bandar-bandar paling selamat dan bandar-bandar dengan jumlah kerentanan
keselamatan tertinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)



