Pada
tahun 2018, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menkaji semula definisi jenayah indeks
bagi mengembalikan keyakinan masyarakat. Jenayah indeks yang diperkenalkan
menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun tetapi masyarakat masib berasa tidak
aman disebabkan jenayah-jenayah ni menimbulkan kebimbangan. Jenayah indeks
terbahagi kepada kecurian harta benda, samun dan jenayah kekerasan dan
menggunakan komponen indeks bukan jenayah seperti ugutan jenayah dan keganasan
rumah tangga. Namun sehingga kini, masyarakat masih memegang definisi jenayah
indeks tersebut.
Kepesatan prosempembanguan perbandaran
membawa kepada kemajuan negara seperti peningkatan taraf hidup. Peningkatan taraf
hidup ini merupakan kesan daripada perubahan dan pertumbuhan ekonomi yang
berkembang pesat. Namun, pada masa yang sama perbandaran yang pesat
meinimbulkan kesan ke atas peningkatan kos sara hidup di bandar di mana
penduduk bbandar terpaksa mengahadapi masalah tersebut untuk terus hidup di
bandar. Hal ini memaksa ketua keluarga untuk berusaha bekerja bagi menyara
keluarga suapaya tidak terdedah dengan gejala sosial atau melakukan perkara
yang salah disisi undang-undang.
Selanjutnya, penyalahgunaan dadah juga
mempengaruhi seseorang itu melakukan jenayah. Pengambilan dadah yang berlebihan
mempengaruhi penjenayah dan kebanyakan dadah yang semakin popular sekarang
adalah jenis sintetik dengan menggunakan bahan kimi yang tidak berkualiti dan
dapat merosakkan organ dalam tubuh. Dadah ini merangsang penggunanya hilang
kawalan dan menjadi lebih berani. Sifat berani ini akan menyebabkan seseorang
itu melakukan jenayah. Bagi penagih-penagih dadah ini untuk terus mendapatkan
bekalan dadah yang mahal dan berterusan, mereka tidak emmpunyai sebarang
pekerjaan akan melakukan kekerasan terhadap ahli keluarga atau orang awam di
sekitar mereka. Mereka juga akan melakukan jenayah seperti samun, rompak dan
sebagainya untuk mendapatkan duit.
Seterusnya, apabila seseorang itu
mempunyai sikap materialistik kerana ingin hidup mewah tetapi malas berusaha
juga mudah terjebak dengan jenayah indek atau bukan indeks. Kekayaan yang
melambangkan imej serta kebanggaan masyarakat moden dengan pelbagai kemewahan
seperti rumah yang besar, kereta mewah, harta benda dan lain-lain. Sifat tamak
ini anhirnya menjerumuskan seseorang itu melakukan jenayah bagi memenuhi
kehendak mereka.
Selain itu, seseorang yang lemah
didikan agama akan menyebabkan mereka melakukan pelbagai jenis jenayah. Mereka sudah
terbiasa melakukan perkara tersebut tanpa berasa bersalah kerana melakukannya. Mereka
juga tidak mempunyai keinsafan dalam diri ketika melakukan jenayah yang
melibatkan kecederaan dan penderitaan terhadap orang lain.
Kesimpulannya, seseorang itu perlu
sentiasa berfikiran untuk mempunyai hidup yang sejahtera dengan apa yang mereka
ada. Mereka perlu memikirkan risiko serta masa depan sekiranya mereka melakukan
jenayah ini. Kesannya sangat mendalam dan mengakibatkan mereka boleh dijatuhkan
hukuman yang berat.
No comments:
Post a Comment