Jenayah
siber atau dikenali sebagai kejahatan komputer merupakan penggunaan komputer
sebagai instrument untuk mencapau tujuan yang tidak sah seperti melakukan
penipuan, memperdagangkan pornografi, mencuri identiti atau melanggar privasi. Jenayah
siber ini dilakukan melalui internet yang kini menjadi keperluan orang zaman
sekarang. Kemajuan telnologi baru mencetuskan peluang kewujudan jenayah baru. Apa
yang membezakan jenayah siber dengan kegiatan jenayah tradisional? Jelas sekali,
perbezaannya adalah penggunaan komputer digital tetapi teknologi sahaja tidak
cukup untuk menunjukkan perbezaan yang mungkin wujud dalam kegiatan jenayah
yang lain. Penjayah tidak memerlukan teknologi seperti komputer untuk melakukan
sebuah penipuan tetapi mereka memerlukan komputer untuk menyebarkan bahan
pornografi, mencuri identiti dan melanggar hak privasi seseorang. Jenayah siber
melibatkan internet yang menyebabkan peningkatan jenayah haram yang baru.
Jenayah siber ini juga terbahagi kepada
beberapa jenis jenayah seperti:
1. Hacking
Hacking
atau penggondaman merupakan tindakan mengakses sesebuah komputer tanpa mendapat
sebarang kebenaran atau izin dari puhak bertanggungjawab yang ditugaskan
mahupun kebenaran daripada pemilik komputer. Aktiviti penggondaman ini
dilakukan oleh individu yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan teknologi
dan ilmy pengaturcaraan komputer yang membolehkan mereka melakuykan attiviti penggondaman
ini. Mereka boleh memceroboh sistem keselamatan komputer yang lain untuk
mendapatkan maklumat pribadi tuan kepada komputer itu. Penggodam akan menyalin
maklumat-maklumat sulit, memadam atau mengubahsuai kandungan maklumat dan
sistem program yang tersimpan di dalam sesebuah komputer.
Lebih parahnya lagi mereka akan mencuri
wang atau membuat pesanan barang melalui sistem komputer yang digodam dan
barang tersebut akan dihantar kepada mereka sendiri. Kesan buruknya apabila ia
menyebabkan kerugian besar dari segi kewangan dan kehilangan harta benda dalam
kuantiti yang besar perlu ditanggung oleh mangsa itu sendiri. Namun, tidak
semua penggodam ingin mencuri wang, tetapi ada juga segelintir penggodam
melakukan penggodaman untuk menguji kemahiran dan kehandalam mereka dalam
menembusi sistem keselamatn sesebuah komputer.
2. Pemindahan
wang secara haram
Seterusnya,
pemindahan wang secara haram juga merupaakn salah satu jenis jenayah siber. Pemindahan
wang secara haram ini meruapakan pengalihan wang dari sebuah akaun simpanan
individu atau organisasi ke dalam akaun bank pihak lain. Jenayah ini merupakan
jenayah bersifat pevah amanah dan penyalahgunaan kuasa yang diberikan kepada
seseorang itu untuk menjaga harta atau rahsia yang sepatutnya. Ia juga
merupakan salah satu jenayah kolar putih. Pemindahan wang secara haram ini
bermaksud berlakunya pemindahan wang yang tidak mempunyai kebenaran unutk
mengakses akaun milik individu itu dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun
dirinya sendiri. Jenayah pemindahan wang secara haram ini juga menjadi salah
salu kebimbangan pengguna-pengguna sistemperbankan elektronik dan ia berlaku sama
ada berlakunya pencerobohan atau berlakunya pecah amah dan khianat yang
dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
3. Pishing
Pada
tahun 1996, pishing mula muncul di mana penggodam yang mencuri kata laluan dan
akaun America Onlines. Pishing ini merupakan satu cubaan yang bersifat
jenayah melibatkan penipuan bagi mendapatkan maklumat-maklumat seperti nama
pengguna, kata laluan dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagi entity yang
boleh di percayai bagi tujuan aktiviti jenayah. Ia biasanya dilakukan melalui
aplikasi atau medium seperti email. Email tersebut adalah email palsu yang
hampir serupa dengan email organisasi-organisasi perbankan yang dihantar secar
rawak kepada magsa sebagai wakil sah daripada pihak perbankan elektronik
melalui penghantaran notis yang meminta mangsa untuk mengisi butiran peribadi
yang bersifat sensitif.
4. Penipuan
siber
Penipuan
siber ini merupakan penipuan yang berlaku dengan menggunakan komputer dengan
menjadikan laman siber dalam menjalankan aktiviti jenayah dan berbeza dengan
jenayah penipuan yang tidak menggunakan komputer. Seiring dengan kemajuan teknologi,
pelbagai urusan perniagaan dilakukan dan beroperasi melalui laman-laman jualan
atas taliansama ada di laman sesawang atau di media sosial seperti facebook dan
Instagram. Pelbagai peniaga mula menggunakan platform ini untuk menjual
barang-barang bagi memenuhi permintaan pengguna. Urusan perniagaaan ini
dijalankan sama ada pembeli melakukan pembayaran kepada penjual dan selepas itu
barang akan dihantar kepada pengguna.
Namun begitu, tidak semua urus niaga
dijalnkan dengan sifat jujur kerana terdapat banyak kes penipuan dalam
urusniaga dalam talian ini di mana pembeli menipu penjual atau penjual menipu
pembeli. Kebanyakkankes dilaporkan dimana penjual menipu pembeli dengan
menghantar kotak kosong tanpa barang yang dipesan dan ada penjual yang
melaporkan ditipu oleh pembeli di mana duit yang dipindahkan ke akaun penjual
itu tidak sah.

No comments:
Post a Comment