Penculikan dari segi undang-undang bermaksud pengambilan
seseorang tanpa kerelaan dan secara paksa. Kebiasaannya, penculikan ini
dilakukan dengan menahan tanpa kebenaran atau tanpa menurut undang-undang yang
sah. Beberapa kemungkinan bagi tujuan penculikan ini dilakukan seperti untuk
wang tebusan, dendam atau yang berkait dengan pertikaian hak penjagaan anak. Beberapa
motif dan tujuan bagi kes penculikan yang dilaporkan adalah disebabkan oleh
wang (menahan seseorang untuk wang tebusan), seksual (menahan mangsa tanpa
persetujuan untuk tujuan berhubungan seks), politik (untuk meaksa perubahan
politik) dan mencari keseronokan (rasa keseronokan untuk mengawal orang lain). Sekiranya
motifnya adalah pemerkosaan, penculikan ini berkemungkinan akan dituduh
melakukan penculikan tahap pertama, tidak kira sama ada perlakuan rogol itu benar-benar
berlaku ataupun tidak. Perkara yang sama berlaku sekiranya memasukkan mereka ke
dalam situasi di mana ancaman bahaya fizikal berlaku. Secara umunya, penculikan
ini dianggap sebagai kesalahan yang ganas dan banyak yang memerlukan tahap
kekuatan untuk menahan magsa. Kekuatan itu tidak semestinya bersifat fizikal. Intimidasi
dan penipuan juga merupakan unsur-unsur kekuatan.
Penculikan ibubapa
merupakan penculikan yang dikenakan oleh ibubapa dimana melibatkan hak penjagaan
anak-anak. Sekiranya anak-anak itu diambil tanpa kerelaan mereka, ia boleh
diklasifikasikan sebagai penculikan. Dalam beberapa keadaan, ketika penculiknya
adalah ibubapa, maka tuduhan penculikan anak akan diajukan. Di beberapa negara,
jika anak yang sudah boleh membuat keputusan untuk membuat pillihan sama ada
untuk tinggal bersama ibu atau bapa, penculikan tidak boleh dikenakan terhadap
ibubapa tersebut. Begitu juga, jika orang tua tidak mengambil anak dengan izin
anaknya sendiri, orang itu tidak boleh didakwa menculik.
Dalam konteks
antarabangsa, beberapa negeri kebanyakkan mempunyai klasifikasi atau tahap
penculikan yang berbeza. Penculikan juga merupakan jenayah persekutuan dan penculik
boleh dikenakan hukuman negeri dan persekutuan. Penculikan tahap pertama
melibatkan bahaya fizikal kepada mangsa, ancaman bahaya secara fizikal atau
mangsa merupakan kanak-kanak. Penculikan tahap kedua pula, mangsa tidak cedera
dan ditinggalkan ditempat yang selamat. Penculikan ibubapa biasanya ditangani
di bawah garis panduan hukuman yang berbeza dan kebiasaanya mendpaatkan hukuman
yang lebih rendah daripada hukuman penculikan. Hukuman untuk penculikan ibubapa
jauh lebih berat dan lebih kurang akan dipenjara sekitar 3 tahun bergantung
kepada keadaan.
Sumber: Montaldo, Charles. (2020, February 11). What Is the
Crime of Kidnapping? Retrieved from
https://www.thoughtco.com/the-crime-of-kidnapping-970870

No comments:
Post a Comment