Saturday, 16 May 2020

Bandar Selamat

        
       Oleh kerana lebih daripada separuh penduduk dunia tinggal di kawasan bandar, keselamatan bandar menjadi salah satu isu yang penting. Bandar Selamat adalah di mana data dan kecanggihan teknologi dapat dimanfaatkan untuk menjaga keselamatan penduduk walaupun terdapat beberapa kajian yang menyatakan bahawa Bandar Selamat kerana kadar jenayahnya rendah, yang merangkumi faktor-faktor seperti jumlah kemalangan jalan raya, bencana dan kemudahan-kemudahan awam. Mungkin definisi yang paling komprehensif mengenai Bandar Selamat diberikan oleh pakar ekonomi ‘Safe Cities Index”. Indeks dimana menilai 60 bandar di seluruh dunia berdasarkan 49 petunjuk yang merangkumi keselamatan digital, keselamatan penjagaan kesihatan, keselamtan infrastruktur dan keselamatan peribadi bagi mengenal pasti bandar-bandar paling selamat dan bandar-bandar dengan jumlah kerentanan keselamatan tertinggi.

        Bandar Selamat merupakan bandar yang bebas dari segala ancaman fizikal, sosial dan mental. Penduduk bandar dapat hidup di persekitaran yang sentiasa terpelihara dan tidak mengganggu kesejahteraan. Penduduk juga akan berasa aman dan selamat tanpa sebarang gangguan. Hal ini menyebabkan, masyarakat dapat terhindar dari bahaya dan bencana, bebas daripada rasa takut dan dapat mengharungi kehidupan dengan aman dan damai.
        Pembangunan Bandar Selamat ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama masyarakat, pihak kerajaan dan swasta bagi mewujudkan persekitaran yang selamat. Terdapat beberapa Langkah untuk mencapai kehidupan yang sejahtera. Antara matlamat bagi mewujudkan Bandar Selamat adalah:
              i.      Bandar harus bebes dari kerosakan harta benda dan nyawa seperti ragut, kecurian, rompakan, rogol dan sebagainya.
        ii.     Bandar harus bebas dari kemerosotan masalah sosial seperti penagihan dadah, jenayah kolar putih, hilang integriti dan sebagainya.
        iii.  Bandar harus bebas dari kemalangan jalan raya, kebakaran dan sebagainya.


Matlamat-matlamat ini harus dicapai bagi mewujudkan Bandar Selamat dengan membanteras jenayah-jenayah yang sering berlaku di sesebuah bandar. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk mencapai hasrat ini. 

No comments:

Post a Comment