Koronavirus 2019 (COVID-19) merupakan wabak penyakit yang telah merebak secara global serta berjaya meragut banyak nyawa. Wabak ini mula dikesan ketika pertengahan bulan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei, China. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf COVID-19 sebagai epedemik penyakit berjangkit pada 11 Mac 2020. Sehingga 20 Mac 2020, lebih daripada 246,000 kes dilaporkan dalam sekurang-kurangnya 180 buah negara dan telah menyebabkan 10,000 kematian dan 87,000 pesakit yang telah pulih. Virus ini menular dengan cara yang serupa dengan influenza iaitu melalui titisan penafasan daripada batuk dan bersin.Ia juga dianggap mudah berjangkit apabila sesorang itu memunyai tanda gejala walaupun sebelum gejala itu muncul. Fenomena ini secara tidak langsung memberi impak yang besar terhadap pertumbuhan penduduk dunia. Pandemik COVID-19 ini memberi kesan terhadap ekonomi, ekosistem, pencemaran, keselamatan, jenayah dan lain-lain.
Terdapat pelbagai kenas positif dan negatif terhadap kadar jenayah negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Antaranya ialah indeks jenayah Malaysia telah mencatatkan penurunan sebanyak 70 peratus. Hal ini telah dilaporkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui sidang media rasmi. Sepanjang PKP ini pasti masyarakat berasa bimbang akan peningkatan jenayah akan berlaku. Tetapi sebaliknya statistic menunjukkan indeks jenayah telah menurun sebanyak 70 peratus. Hal ini merupakan kesan positif terhadap skop jenayah yang berpunca daripada pandemik COVID-19 ini.
Seterusnya, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah memberi kesan positif terhadap jenayah komersial yang menunjukkan penurunan sebanyak hampir 50 peratus. Pengarah Jabatan Siaatan Jenayah komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad telah melaporkan bahawa kes jenayah komesial ini menunjukkan pola penuruanan. Namun begitu, angka jumlah bagi keseluruhan kes yang dilaporkan masih besar. Data mendapati jenayah komersial yang paling tinggi direkodkan melibatkan penipuan dalam talian sebanyak 8245 kes dan diikuti dengan pecah amanah sebanyak 428 kes, penyalahgunaan harta (18). Jenayah siber (111), pinjaman wang haram (292) dan wang palsu mencatat sebanyak 91 kes. Jenayah penipuan dalam talian juga mencatatkan penurunan. Hal ini menunjukkan, pandemik COVID-19 ini turut memberikan kesan positif kepada masyarakat untuk kekal selamat.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini meminta untuk masyarakat kekal di dalam rumah bagi memutuskan rantaian penyebaran COVID-19. Rakyat Malaysia pasti akan sentiasa melayari internet mahupun media sosial untuk mendapatkan pelbagai maklumat terutama bagi perkembangan dan info mengenai pandemik COVID-19 ini. Isu yang mula timbul sejak awal PKP dilaksanakn adalah penyebaran berita palsu. Ramai masyarakat di luar sana yang menyebarkan berita tanpa memeriksa kesahihannya terlebih dahulu dan mengakibatkan penyebaran berita palsu. Penyebaran berita palsu ini memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat kerana masyarakat akan hanya percaya dengan berita yang dibaca dan langsung membuat kesimpulan tanda memeriksa kesahihan berita tersebut. Pihak bertanggungjawab yang menangani kes penyebaran berita palsu ini adalah SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bekerjasama melalui Jawatankuasa Jenayah Siber. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa ini untuk menangani kes ini dengan mewujudkan laman sesawang Sebenarnya.my bagi masyarakat yang ragu mengenai kesahihan sesuatu berita.
Berikut merupakan kesan yang berlaku terhadap kadar jenayah sepanjang PKP dilaksanakan. Walaupun ia memberi kesan kepada kehidupan kita terutamanya dari segi kewangan tetapi kita akan berasa selamat kerana dalam tempoh PKP ini kadar jenayah semakin berkurang.

No comments:
Post a Comment