Sunday, 17 May 2020

Jenayah Pendatang Asing


Jenayah dan perbandaran yang sering kita perhatikan adalah seperti rompakan, kecurian, pelecehan seksual dan sebagainya tetapi kita kurang mengfokuskan jenayah pedatang asing. Migrasi dari luar yang masuk kedalam negara dan jenayah merupakan salah satu produk kepada perbandaran. Oleh itu, jenayah tidak dapat dielakkan dalam sesebuah bandar. Kita juga mengetahui salah satu kesan pendatang asing masuk ke negara kita ialah peningkatan jenayah. Oleh itu kita akan melihat jenayah di kalangan pendatang asing.

         Pendatang asing yang memasuki Malaysia majoritinya berasal dari Bangladesh, Indonesia dan Filipina yang kebanyakannya masuk ke negeri Sabah. Mereka migrasi dari negara asal ke negara kita untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup mereka. Ada yang datang dengan niat yang baik untuk mendapatkan wang bagi menyara keluarga di negara asal tetapi jika nasib baik tidak menyebelahi mereka, mereka memilih untuk melakukan kejahatan supaya dapat memperoleh wang dengan cepat. Ada juga yang melakukan jenayah rompakan, pencurian, pengedaran dadah, perdagangan manusia dan sebagainya. Rakyat tempatan juga akan menggunakan pedatang asing ini kerana kadar upah yag murah.
        Bandar yang bermaksud sebuah kawasan yang telah diwartakan oleh kerajaan ini biasanya mempunyai bilangan penduduk dengan jumlah yang ramai sehingga melebihi 10,000 orang serta mengalami proses perbandaran yang pesat dari segi sosial, ekonomi dan pentadbiran. Menurut Katiman Rustam (1990), sebuah bandar dapat dilihat melalui beberapa kriteria seperti penduduk, guna tenaga bukan pertanian, kemudahan asas yang disediakan, sistem perniagaan, sempadan bandar pentadbiran yang tersendiri dan lain-lain. Manakala proses perbandaran didefinisikan sebagai proses pertumbuhan penduduk di bandar akibat daripada berlakunya perpindahan penduduk yang memasuki bandar secara besar-besaran dan menyebabkan perkembangan ruang bandar ini yang seterusnya merubah kawasan tersebut dari bandar kecil ke bandar besar (Hariaty Hassan 2000, Sivachandralingam & Ayadurai 1999).
        Pada tahun 2000, Malaysia menduduki tempat ke-32 daripada 61 buah negara yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di dunia dalam konteks antarabangsa. Antara jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing terbahagi kepada dua iaitu jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Jenayah kekerasan itu berbentuk pembunuhan, cubaan membunuh, samun, rogol dan pencederaan manakala jenayah harta benda seperti pecah rumah, mencuri kenderaan dan mencuri barang-barang lain. Kedua-dua jenayah ini sering berlaku di kawasan-kawasan bandar serta menjadi isu jenayah di seluruh negara.
        Selain daripada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda, terdapat jenis jenayah lain yang dilakukan oleh pendatang asing iaitu dadah. Malaysia mencatatkan peningkatan bilangan penagih dadah yang amat merunsingkan. Tambahan pula, pendatang asing ini juga terjerumus dengan penyalahgunaan dadah yang berkemungkinan melibatkan penduduk tempatan. Selanjutnya, gangsterism yang merupakan kumpulan kongsi gelap yang mengancam kesejahteraan masyarakat. Kumpulan kongsi gelap ini juga merupakan salah satu bentuk budaya yang dibawa oleh masyarakat pendatang. Mereka menggunakan senjata-senjata merbahaya untuk melakukan aktiviti-aktiviti kongsi gelap di negara ini.
            Kesimpulannya, pendatang asing yang masuk ke dalam negara bukan sahaja membantu meningkatkan proses pembangunan dengan menyumbang bilangan tenanga buruh tetapi juga meningkatkan jenayah d negara ini. Hal ini menjadi isu yang sering dibincangkan kerana dapat menagncam kesejahteraan penduduk tempatan sekiranya mereka tinggal di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal pendatang-pendatang asing itu. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memiikirkan inisiatif yang dapat membantu mengurangkan atau membentung jenayah pendatang asing ini.

No comments:

Post a Comment