Sunday, 17 May 2020

Jenayah Kolar Putih



Kini, semakin pesat pembangunan bandar semakin maju teknologi moden semakin meningkat kes jenayah yang berlaku. Antaranya jenaya kolar putih yang semakin meningkat akibat kepesatan pembangunan bandar. Jenayah kolar putih atau dikenali sebagai jenayah korporat merujuk kepada jenayah tanpa kekerasan. Motif jenayah ini adalah untuk mendapatkan wang yang dilakukan oleh ahli perniagaan dan professional. Menurut ahli sosiologi Edwin Sutherland (1939) mengenai takrifan jenayah kolar putih, kejahatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kehormatan dan status sosial yang tinggi semasa melakukan pekerjaan mereka. Jenayah kolar putih termasuk pencurian gaji, penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, pemerasan pekerja, penggelapan, jenayah siber, pelanggaran hak cipta, pencucian wang, pencurian identiti dan pemalsuan.
        Jenayah kolar putih ini telah wujud sebelum Utherland melakukan kajian mengenainya pada tahun 1939. Sutherland ingin mencari teori umum mengenai penjenayah khas dan dengan membaca kajian penyelidik lain, beliau mendapat idea bahawa semua stereotaip di mana kedudukan sosial seseorang yang rendah berasa sukar untuk dipercayai kerana menganggap orang yang mempunyai kedudukan sosial yang tinggi juga melakukan jenayah. Dalam buku karya Sutherland ada menyatakan. Jenayah kolar putih dapat didefinisikan sebgaai kira-kira sebagai jenayah yang dilakukan oleh orang yang dihormati dan mempunyai status sosial yang tinggi.

Hubungan dengan jenayah yang lain
1.      Jenayah kolar biru
Jenayah kolar biru lebih cenderung dengan menarik perhatian polis seperti vandelisme atau pencurian harta benda. Tetapi, jenayah kolar putih melibatkan tingkah laku dan jenayah sehingga menjadikan diri mereka kurang jelas ketika melakukan jenayah tersebut. Oleh itu, jenayah koler biru lebih kerap menggunakan kekuatan fizikal, sedangkan di dunia korporat, pengenalan mangsa kurang jelas dan masalah pelaporan dipersulit untuk melindungi nilai pemegang saham. Dianggarkan terdapat banyak jenyaah kolar putih yang tidak dapat dikesan atau dilaporkan.
2.      Jenayah korporat
Jenayah korporat merupakan jenayah yang berurusan dengan syarikat secara keseluruhannya. Jenayah itu mengunyungkan pelabur atau indivifu yang mempunyai kedudukan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Jenayah kolar putih dan jenaya korporat ini serupa kerana kedua-duanya berlaku di dalam dunia perniagaan. Perbezaannya ialah jenayah kolar putih memberi manfaat kepada individu yang terlibat manakala jenayah korporat memberi manfaat kepada syarikat atau individu yang mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam syarikat.

No comments:

Post a Comment