Pada
tahun 2004, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia
telah menagnjurkan konsep baru pembangunan bandar iaitu Bandar Selamat. Konsep ini
telah diperkenalkan bagi tujuan mencegah kegiatan jenayah yang semakin
meningkat di seluruh bandar di Malaysia. Kejadian jenayah seperti kecurian,
pecah rumah, rompakan, rogol dan sebagainya semakin hari semakin meningkat dan
mengancam hidup masyarakat. Pada tahun 1993, Yayasan Pencegahan Jenayah
Malaysia (YPJM) telah ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan yang bertujuan
untuk menganjurkan pelabagai program pencegahan jenayah. Walaupun pihak
kerajaan telah melaksanakan beberapak inisiatis seperti menganjurkan Program
Pengawasan Kejiranan, Rakan Cop, Rukun Tetangga, Persatuan Belia dan memeberi
kesedaran melalui pendidikan manum masalah jenayah tetap sukar dihadapi dan
dibendung. Oleh itu, bagi membanteras kes-kes jenayah ini, kerajaan Malaysia
telah memilih konsep Bandar Selamat untuk dilaksanakan di bandar-bandar seluruh
negara.
Pada tahun 1998, YPJM mencadangkan konsep
bandar selamat sebagai salah satu Langkah pencegahan jenayah di Malaysia. Dengan
itu, jemah Menteri telah memutuskan untuk mewujudkan bandar dan pekan yang
selmaat, mengelakkan lorosng-lorong daripada sunyi, gelap dengan mengambil Langkah-langkah
pembaikkan untuk mencegah peningkatan jenayah. Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan telah menggariskan 23 langkah pencegahan jenayah di bawah
Program Bandar Selamat dan diluluskan oleh majlis Negara Bagi kerajaan Tempatan
(MNKT) pada 11 Oktober 2004 untuk dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Terdapat 5 langkah yang ditetapkan
oleh JPBD yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa sebagai Langkah permulaan
bagi mencapai bandar selamat iaitu:
i.
Pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan
bermotor.
ii.
Penyediaan Bollard.
iii.
Laluan awam tidak terlindung atau menghalang
pandangan awam.
iv.
Mencahayakan atau menerangkan kawasan-kawasan
yang menjadi sasaran.
v.
Mencuci atau mengemaskan kawasan-kawasan semak
dan terlindung.
Seterusnya,
pelaksanaan 23 langkah pencegah jenayah berdasarkan 3 strategi utama iaitu:
- . Melalui
rekabentuk persekitaran fizikal.
- . Memperkasakan
kawasan sasaran.
- . Melalui
kegiatan sosial, kemasyarakatan dan pendidikan kesedaran awam.
|
STRATEGI
1: MEREKABENTUK PERSEKITARAN FIZIKAL
|
|
|
Langkah
1
|
Pengasingan
laluan pejalan kaki dari jalan bermotor
|
|
Langkah
2
|
Penyediaan
Bollard
|
|
Langkah
3
|
Mengawal
tanaman landskap di laluan pejalan kaki
|
|
Langkah 4
|
Penyelidikan pencegahan jenayah melalui
rekabentuk
persekitaran
|
|
Langkah 5
|
Perkongsian maklumat jenayah melalui GIS
– based Mapping
|
|
Langkah
6
|
Penyemakan
garis panduan susun atur perumahan
|
|
STRATEGI
2: MEMPERKASAKAN KAWASAN SASARAN
|
|
|
Langkah
7
|
Pondok
Polis
|
|
Langkah
8
|
Papan
tanda peringatan jenayah
|
|
Langkah
9
|
Cermin
keselamatan
|
|
Langkah
10
|
Penggera
keselamatan (Alarm)
|
|
Langkah 11
|
Mencuci /
Mengemaskan Kawasan-kawasan semak dan terlindung
|
|
Langkah
12
|
Tempat
letak motosikal berkunci
|
|
Langkah
13
|
Pemasangan
Closed Circuit Television (CCTV)
|
|
Langkah
14
|
Pemasangan lampu
di kaki lima premis perniagaan
|
|
Langkah 15
|
Laluan
awam tidak terlindung atau menghalang pandangan
awam
|
|
Langkah 16
|
Mencahayakan
/ menerangkan kawasan-kawasan yang menjadi sasaran jenayah
|
|
Langkah 17
|
Tidak
membenarkan perniagaan dan meletak kenderaan di kaki dan laluan pejalan kaki
|
|
Langkah 18
|
Menjanakan
pelbagai aktiviti perniagaan
|
|
Langkah 19
|
Perkhidmatan
pengawal keselamatan swasta
|
|
STRATEGI
3: KEGIATAS SOSIAL / KEMASYARAKATAN DAN PENDIDIKAN / KESEDARAN AWAM
|
|
|
Langkah
20
|
Pendidikan
|
|
Langkah
21
|
Pemasangan
lampu di lorong tepi, depan dan belakang rumah
|
|
Langkah
22
|
Penyediaan
risalah jenayah komuniti
|
|
Langkah
23
|
Meningkatkan rondaan
kawasan perumahan
|
Sumber:
Urusetia Program Bandar Selamat, JPBD
Kesimpulannya, Program Bnadar
Selamat yang diperkenalkan ini merupakan salah satu langkah pencegahan jenayah
yang mengelami peningkatan di negara ini. Dengan kerjasama semua pihak Malaysia
dapat melaksanakan dan mewujudkan Bandar Selamat di seluruh bandar di Malaysia.
Oleh itu, kita perlu bersama-sama memerangi jenayah untuk mencapai kehidupan
yang aman, damai dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment