Dianggarkan
menjelang tahun 2020, hampir 75 peratus [20.1 juta] penduduk di Semenanjung
Malaysia akan
mendiami kawasan bandar di Malaysa (JPBD, 2006). Proses perbandaran membawa
kepada perkembangan ekonomi yang berkonsepkan teknologi. Kesan daripada
perbandaran ini tidak terkecuali daripada masalah aktiviti globalisasi, antaranya
risisko kesejahteraan dan keselamatan yang tinggi kerana bandar tidak mempunyai
ciri-ciri yang selesa untuk memberi perlindungan kepada kesejahteraan hidup
masyarakat. Proses perbandaran ini mencetuskan permasalahan di kawasan bandar
seperti masalah keselamatan yang semakin mengancam kesejahteraan hidup
masyarakat. Menurut Haeley (1995), bandar menjadi tempat yang berbahaya.
Jenayah jalanan merupakan jenayah yang
kerap berlaku di kawasan pusat bandar yang maju dan sibuk dengan aktiviti
perniagaan. Jenayah ini memeberi kesan terhadap persepsi masyaraat tentang
keselamatan dan akibatnya terhadap gaya hidup mereka. Rasa takut terhadap
jenayah ini boleh menghalang masyarakat daripada pergi ke kawasan bandar
tertentu dan ada yang boleh membuat orang takut keluar dari rumah mereka pada
waktu petang. Di Malaysia, jenayah jalanan merangkumi 3 jenis jenayah indeks
iaitu curi ragut, samun tanpa senjata dan samun berkawan tanpa senjata api. Pada
peringkat awal, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tumpuan kepada
usaha memerangi jenayah jalanan. Hal ini kerana, jenayah jalanan mengakibatkan
trauma serta memebri kesan ketakutan berpanjangan kepada mangsa dan juga
masyarakat. Pihak KDN sedang melaksanakan pelbagai pendekatan bagi menangani
jenayah jalanan ini. Antara pendekatan yang sedang diambil ialah mengenal pasti
kawasan-kawasan panas atau hot spots yang kerap berlakunya jenayah jalanan di
seluruh negara.
Sumber: Latif, F. M. 2017.
Ke arah pengurangan indeks jenayah jalanan di Pusat Bandar Kuala Lumpur
(Towards reducing the street crime index of Kuala Lumpur City Centre).
Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(4).
No comments:
Post a Comment