Perbandaran
atauperebakan bandar telah membentuk pola petempatan di kawasan pinggir bandar
di kebanyakan negara membangun seperti Malaysia. Permintaan ruang bagi
pembangunan kawasan perindustrian, rumah kediaman dan pusat perniagaan sangat
tinggi telah membawa kawasan pinggir bandar untuk berubah menjadi kawasan
bandar. Setiap proses perbandaran pasti akan memberi kesan kepada kehidupan
penduduk di kawasan bandar tersebut termasuk dari segi persekitaran fizikal,
kemudahan asas yang disediakan, tahap kesejahteraan sosial, keadaan keselamatan
dan lain-lain. Setiap kali proses pembangunan ini pasti akan memeberi kesan
kepada keselamatan penduduk yang menjejaskan kesejahteraan hidup penduduk
setempat. Pelbagai jenayah akan mencatatkan peningkatan di kawasan bandar dan
mula muncul jenyaah baru seiring juga dengan perkembangan teknologi moden.
Pihak kerajaan pasti ingin mewujudkan
bandar yang bebas jenayah melalui Program Bandar Selamat untuk meningkatkan taraf
hidup penduduk supaya hidup aman dan sejahtera. Kesejahteraan sesebuah komuniti
dipengaruhi oleh tahap keselamatan dan jaringan sosial. Menurut Warr (2005),
komuniti yang kurang mendapat perhatian pemerintah, jaringan dan akses kepada
modal dan keselamatan sosial sangat penting dalam emenentukan keterusan hidup
seseorang individu. Masyarakat yang maju dapat diwujudkan apabila pemantauan
kejiraan dan hukuman terhadap jenayah setempat menjadi semakin lumrah digunakan
sebagai langkah pencegahan (Moore, 2008). Hal ini menunjukkan bahawa aspek
keselamatan merupakan asas bagi mewujudkan masyarakat yang sejahtera.
Kesejahteraan masyarakat setempat dapat
dinilai berdasarkan ketersampaian ini rumah terhadap kumudahan asas dan tahap
keselamatan kejiranan. Dari segi keslematan, masyarakat yang selamat adalah
masyarakt yang aman dan bebas jenayah. Aspek keselamatan merupakan asas kepada
kesejahteraan dan elemen yang meentukan kualiti masyarakat. Masyarakat menjadi
tidak selamat sekiranya masalah jenayah berleluasa dan semakin tidak terkawal. Keadaan
berikut dapat menjejaskan ketenteraman masyarakat dan seterusnya kesejahteraan
dan kualiti masyaraakt tersebut. Dengan bertambahnya gejala sosial seperti
ketagihan dadah, pergaulan bebas, pengangguran, kebanjiran kemasukkan pekerja
asing ini agak membimbangkan. Gejala sosial seperti ini sering dikaitkan dengan
insiden jenayah seperti kecurian kereta, motosikal, basikal, kasut dan harta
benda yang lain. Kebimbangan ini lebai banyak dikaitkan dengan jenayah pecah
rumah dan rompakan, serta kegiatan samun dan peras ugut. Masyarakat semakin bimbang
sekiranya jenayah tersebut akan menimpa merekakerana tiada jaminan perlindungan
atau kawalan keselamatan yang dapat melindungi mereka. Mereka perlu menghadapi risiko
jenayah yang tinggi sehingga menyebabkan kehidupan mereka terganggu dan tidak
selesa, risau dan kebimbangan. Jenayah pecah rumah dan rompakan bersenjata
menjadi punca kebimbangan dan ketakutan masyarakat di kawasan pinggir bandar. Hal
ini kerana insiden pecah rumah dan rompakan lazimnya melibatkan beberapa
penjenayah bersenjatakan pisau dan parang. Mereka menggunakan senjata-senjata
ini untuk menakutkan mangsa supaya menyerahkan segala barang berharga. Fenomena
seperti ini akan menjejaskan kualiti hidup kesejahteraan masyarakat di wilayah
tersebut.
Kesimpulannya, perbandaran dan
pertumbuhan penduduk bandar yang semakin pesat menggalakkan berlakunya proses
rebakan bandar melampaui sempadan pentadbirannya. Keadaan sosial dari segi
keselamatan didapati kurang memuaskan. Ancaman keselamatan akibat peningkatan
jenayah, khususnya jenayah pecah rumah dan rompakan di kawasan kediaman telah
menimbulkan keresahan dan kebimbangan akan menjejaskan tahap kesejahteraan
masyarakat setempat. Oleh itu, proses rebakan bandar ini harus dirancang dengan
baik supaya dapat mengurangkan kadar jenayah di kawasan bandar tersebut.
Sumber: CHOY,
E. A., SAKAWI, Z., & ROSTAM, K. 2011. Pembandaran di Pinggir Wilayah
Metropolitan Lanjutan: Beberapa Implikasi terhadap Corak dan Kualiti Kejiranan
(Urbanisation at the Fringe of the Klang-Langat Extended Metropolitan Region:
Some Implications on the Patterns and Quality of Neighbourhoods). Akademika,
81(3).
No comments:
Post a Comment