Sunday, 17 May 2020

Jenayah: Dadah



Salah satu jenayah yang semakin meningkat dan meluas seiring arus pembangunan bandar ini adalah dadah. Kesalahan jenayah yang melibatkan dadah semakin meningkat dan merunsingkan kerana ia melibatkan masa depan negara. Dadah merupakan bahan kimia yang amat merbahaya kepada individu yang mengambilnya dalam kuantiti yang banyak kerana ia dapat mengubah cara minda dan tubuh manusia. Penyalah gunaan dadah pula bermaksud apabila seseorang itu mengambil dadah untuk tujuan mengkhayalkan dan memenuhi keinginan sendiri. Pada mulanya, penagih dadah ini akan cuba untuk mengambil dadah akibat tekanan hidup dan stress tetapi lama kelamaan ia menjadi semakin ketagih dan akhirnya terus menggunakan dadah tanpa terkawal.


Dadah Dan Ciri-cirinya
“Dadah” ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
·         Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
·         Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;
·         Diperolehi secara haram;
·         Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;
·         Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Jenis-jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
·         Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;
·         Kanabis - ganja, hashish;
·         Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;
·         Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan
·         Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.

Salah satu masalah yang melibatkan dadah ini adalah sindiket pengedaran dadah yang semakin berleluasa. Sepanjang PKP akibat COVID-19 ini mencatat peningkatan terhadap sindiket pengedaran dadah melalui dalam talian. Akibat daripada tidak boleh keluar dari rumah atau berada di luar, pengedar dadah mula mencari inisiatif untuk mengedarkan dadah. Pihak berkuasa juga turut melakukan tangkapan dan siasatan terhadap kes tersebut. Hal ini menunjukkan, jenayah dadah ini sudah berada di tahap yang kritikal. Oleh itu, pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa perlu mencari inisiatif bagi membendung jenayah ini. 

No comments:

Post a Comment