Monday, 18 May 2020

Kesan Jenayah Bandar


Dari segi ekonomi, jenayah di bandar dapat menebabkan pelbagai impak terutamanya dalam sektor ekonomi. Kita perlu menyedari bahawa sekiranya jenayah berlaku, pasti aka nada korban yang kehilangan wang tunai atau harta benda bahkan, sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. Jenayah turut menyumbang kepada kerosakn harta benda, peningkatan tuntuan insurans hartanah, peningkatan tuntutan insurans nyawa dan kesihatan, kenaikan kos perundangan swasta dan lain-lain.

      Kesannya tidak hanya terhadap mikro-ekonomi dan makro-ekonomi negara tetapi secara keseluruhan. Pihak kerajaan juga harus meningkatkan pengeluaran sebagai langkah pencegahan jenayah dan memasang sistem keamanan yang lebih efisen. Apabila sesebuah bandar mempunyai kadar jenayah yang tinggi, ia juga akan mempengaruhi sektor pelancongan dan perniagaan dan hal ini akan mempengaruhi sektor ekonomi negara tersebut. Wang akan digunakan untuk menjaga tahanan dan penjara.
        Mangsa dari perlakuan jenayah pasti akan menderita dari segi mental dan psikologi seperti tekanan dan kemurungan, mengalami masalah dengan hubungan yang dibina, keyakinan diri yang rendah dan kualiti hidup yang menurun. Jenayah yang menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat dan ini kesan buruk terhadap perkembangan sosial penduduk di bandar tersebut. Jenayah juga menimbulakan masalah sosial serta memberi kesan yang lebih besar terhadap generasi muda dimana yang terlibat dengan jenayah dan tidak bersekolah. Tanpa pendidikan yang secukupnya, pastikan akan memebrikan kesan kepada hidup seseorang yang akan menimbulkan maslaah kepada masyarakat. Kejahatan jenayah juga boleh menimbulkan masalah kesihatan misalnya, yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan pelacuran yang mendedahkan mereka kepada jangkitan AIDS. Hal ini menjelaskan kesan yang disebabkan oleh jenayah bandar dari perspektif sosial.




Sumber: Soh, M. B. C. (2012). Crime and urbanization: Revisited Malaysian case. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 42, 291-299.

1 comment:

  1. Satu perkongsian yang menjana minda dan sebenarnya banyak inisiatif yang boleh ditambah baik oleh pihak kerajaan mahupun rakyat Malaysia sendiri dalam menangani kes-kes jenayah.

    ReplyDelete