Pencurian dan perompakan kedua-duanya adalah kes kecurian tetapi
perbezaan utamanya adalah rompakan, mangsa akan dirompak dengan sesuatu barang
yang berharga dengan cara ugutan, kekerasan atau ancaman. Bagi pencurian pula, Ia
boleh dilakukan tanpa ada mangsa berada disitu secara langsung seperti pecah
rumah pada siang hari ketika tuan rumah tidak ada di rumah. Itulah perbezaan
asas antara rompakan dan pencurian.
Maksud pencurian
yang dikembangkan berabad-abad dahulu, ia didefinisikan sebagai memasuki rumah
seseorang pada malam hari untuk melakukan kejahatan. Define pencurian pada hari
ini telah berkembang kepada seseorang itu memasuki ke rumah orang lain pada
siang hari juga dengan tujuan untuk mencuri harta benda tuan rumah. Pencuri tidak
akan masuk secara paksa. Pencuri hanya perlu berjalan masuk ke dalam rumah yang
tidak berkunci. Kecurian itu akan berlaku sekiranya mangsa tidak berada di
tempat tersebut.
Definisi rompakan
dari segi undang-undang ialah mengambil sesuatu yang bernilai langsung dari
orang itu dengan menggunakan kekerasan, kekuatan atau ancaman. Sebagai contoh, jika
ada kecurian tetapi seseorang itu berada di dalam rumah, makai a menjadi
rompakan. Terdapat 2 faktor yang penting untuk diambil kira ketika pengadilan
semasa rompakan adalah sma ada rompakan itu selesai atau tidak dan sama ada
terdapat kecederaan pada mangsa atau tidak. Faktor-faktor ini membantu untuk
mengklasifikasikan rompakan tersebut sebagai tahap satu atau tahap dua yang
boleh mempengaruhi hukuman.
Sumber: https://www.asecurelife.com/burglary-vs-robbery/


Ramai yang salah faham atau keliru antara perompakan dan pencurian. Blog ini sangat lah membantu bagi mereka yang ingin lebih tahu mengenai dua perkara ini.
ReplyDelete