Monday, 18 May 2020

Perbezaan Pencurian VS Perompakan


Pencurian dan perompakan kedua-duanya adalah kes kecurian tetapi perbezaan utamanya adalah rompakan, mangsa akan dirompak dengan sesuatu barang yang berharga dengan cara ugutan, kekerasan atau ancaman. Bagi pencurian pula, Ia boleh dilakukan tanpa ada mangsa berada disitu secara langsung seperti pecah rumah pada siang hari ketika tuan rumah tidak ada di rumah. Itulah perbezaan asas antara rompakan dan pencurian.

        Maksud pencurian yang dikembangkan berabad-abad dahulu, ia didefinisikan sebagai memasuki rumah seseorang pada malam hari untuk melakukan kejahatan. Define pencurian pada hari ini telah berkembang kepada seseorang itu memasuki ke rumah orang lain pada siang hari juga dengan tujuan untuk mencuri harta benda tuan rumah. Pencuri tidak akan masuk secara paksa. Pencuri hanya perlu berjalan masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci. Kecurian itu akan berlaku sekiranya mangsa tidak berada di tempat tersebut.


        Definisi rompakan dari segi undang-undang ialah mengambil sesuatu yang bernilai langsung dari orang itu dengan menggunakan kekerasan, kekuatan atau ancaman. Sebagai contoh, jika ada kecurian tetapi seseorang itu berada di dalam rumah, makai a menjadi rompakan. Terdapat 2 faktor yang penting untuk diambil kira ketika pengadilan semasa rompakan adalah sma ada rompakan itu selesai atau tidak dan sama ada terdapat kecederaan pada mangsa atau tidak. Faktor-faktor ini membantu untuk mengklasifikasikan rompakan tersebut sebagai tahap satu atau tahap dua yang boleh mempengaruhi hukuman.




Sumber: https://www.asecurelife.com/burglary-vs-robbery/

1 comment:

  1. Ramai yang salah faham atau keliru antara perompakan dan pencurian. Blog ini sangat lah membantu bagi mereka yang ingin lebih tahu mengenai dua perkara ini.

    ReplyDelete