Monday, 18 May 2020

Jenayah Bandar


Beberapa kajian telah dijalankan mengenai jenayah bandar pada umumnya yang terdiri daripada 2 jenis. Terdapat kajian yang membandingkan bandar, mengkaji untuk memahami mengapa ada yang mempunyai kadar jenayah yang lebih tinggi daripada bandar yang lain. Ada juga kajian yang berfokus untuk menjelaskan tahap-tahap jenayah di sesebuah bandar. Walau bagaimana pun, kedua-dua jenis kajian ini menggunakan teori yang serupa dan memberi tumpuan kepada kekuatan sosial yang sama untuk memahami pemerhatian mereka. Teori yang digunakan oleh pengkaji untuk mengkaji jenayah bandar adalah penyatuan organisasi, subbudaya dan teori konflik.

         Teori disorganisasi sosial berkaitan dengan cara bagaimana ciri-ciri bandar dan kejiranan mempengaruhi kadar jenayah. Teori ini dapat dikaji lebih dalam oleh seorang penyelididk di University of Chicago pada tahun 1030an. Para penyelidik ini mementingkan struktur kejiranan dan hubungannta dengan tahap jenayah. Seterusnya teori subbudaya untuk menjelaskan jenayah bandar terbahagi kepada dua jenis iaitu sub-budaya keganasan dan sub-budaya kemsikinan. Secara umunya, kedua-dua jenis ini adalah kepercayaan bahawa kumpulan tertentu membawa norma dan nilai yang menjadikan mereka lebih cenderung untuk melakukan jenayah. Terdapat kajian menyenaik sub-budaya kekerasan menyatakan bahawa kadar kekerasan yang tinggi berpunca dari budaya di mana jenayah pada umumnya, dan kekerasan khususnya merupakan bentuk tingkah laku yang lebih diterima. Dalam perumusan idea-idea ini, ahli teori sub-budaya mendakwa bahawa institusi sosial sendiri menyumbang kepada pengembangan dan kegigihan sub-budaya yang kondusif untuk jenayah dan keganasan. Ungkapan teori konflik yang paling terkenal sebagai penjelasan mengenai jenayah bandar telah memfokuskan pada ketidaksamaan pendapatan. Di sini para sarjana berpendapat bahawa kekecewaan adalah hasil sampingan dari jurang pendapatan yang dipandang tidak adil oleh mereka yang berada dalam kedudukan bawahan. Perpecahan struktur sosial berdasarkan kaum juga telah digunakan untuk menjelaskan mengapa orang kulit hitam dan orang-orang Latin miskin mempunyai kadar jenayah yang lebih tinggi daripada populasi umum (Blau dan Blau)


Sumber: https://law.jrank.org/pages/2223/Urban-Crime-Explaining-urban-crime.html

2 comments:

  1. Tidak dapat dinafikan kadar jenayah di bandar lebih tinggu berbanding di luar bandar. Ternyata, hal ini telah dapat dibuktikan dengan bukti yang lebih kukuh.

    ReplyDelete
  2. Konten yang memberi kesedaran tentang perbezaan kawasan dengan kecenderungan berlakunya jenayah. teruskan berkongsi pengetahuan!

    ReplyDelete